e-Dagang sosial atau “Social commerce” merujuk kepada pembelian dan penjualan barang dan perkhidmatan, terutamanya melalui platform media sosial. Hal ini melibatkan penggunaan ciri-ciri media sosial seperti ulasan pengguna, cadangan ikhlan, dan perkongsian kandungan untuk menjana jualan dalam talian.
Platform perdagangan sosial membolehkan pemilik perniagaan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelbagai audiens dalam skala lebih besar, membina kesedaran jenama, berinteraksi dengan pelanggan berpotensi, dan meningkatkan jualan. Hal ini mengaplikasikan idea asas e-dagang, iaitu menjadikan proses jual-beli mudah untuk diakses hanya dari keselesaan rumah kita.
Perdagangan sosial mengambil peluang populariti dan pengaruh platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter yang semakin bermaju pada masa kini. Pelanggan kini dapat melihat dan membeli produk secara langsung dari platform media sosial kegemaran mereka dengan mudah dan tanpa kesulitan.
Bagi pemilik perniagaan, perkara seperti pemasaran produk, perkhidmatan pelanggan dan pengalaman pengguna menjadi semakin mudah untuk diuruskan. Platform perdagangan sosial menawarkan ahli peniaga peluang untuk berinteraksi dengan pelanggan dalam cara yang boleh diubahsuaikan, dan membolehkan mereka mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada audiens yang lebih besar.
Dengan memanfaatkan kuasa media sosial, pemilik perniagaan boleh mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, peribadi, menarik, berpatutan dan automatik demi pelanggan mereka untuk meningkatkan jualan dan kesetiaan pelanggan.
Pada akhirnya, social commerce memperkenalkan model perniagaan yang sangat mudah, menjadikannya mudah diakses untuk pemilik perniagaan veteran dan baru. Keusahawanan dibawa ke satu tahap yang baru di mana sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan mereka sendiri untuk mendapatkan pendapatan sepenuh masa ketika bekerja separuh masa.
Inilah yang membezakan perdagangan sosial daripada e-dagang, lalu membolehkan masa depan di mana proses membeli dan menjual menjadi lebih senang dan ringkas. Oleh itu, Phipure bertujuan untuk memperkasakan generasi usahawan dan ahli peniaga dengan mempraktikkan perdagangan sosial. Phipure juga menawarkan akses kepada perpustakaan e-sumber dan bahan latihan yang mudah dan berkesan kepada Phipure Business Owner (PBO) untuk menambah baik bahan hasil mereka.
Adakah anda berminat untuk menjadi ahli komuniti Phipure? Klik di sini untuk mendaftar menjadi PBO.