Uncategorized

Pengenalan tentang Kolagen

Kolagen merupakan salah satu topik utama dalam perbincangan antara pakar kesihatan dan kecantikan, produk kolagen telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, di kalangan pengguna, ramai tidak tahu apa sebenarnya “kolagen” itu dan mengapa bahan ini sedang menimbulkan gelombang dalam industri kesihatan dan kecantikan.

 

chemical molecules

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat dalam badan manusia, terutamanya dalam tisu hubungan seperti kulit, tulang, tendon, dan kartilaj. Kolagen merupakan protein yang terdapat di dalam badan secara melimpah luah dan membentuk hampir 30% daripada jumlah kandungan protein keseluruhan badan.

Kolagen dibentuk daripada rantai panjang asid amino, yang dipadatkan bersama untuk menjadi struktur heliks tiga kali ganda. Struktur ini memberikan kolagen sifat-sifatnya yang unik, termasuk kekuatan, kelenturan, dan ketahanan.

Kolagen memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan dan fungsi pelbagai tisu dan organ di dalam badan. Protein ini memberikan sokongan struktur kepada kulit, membantu mengekalkan keanjalan dan ketahanan. Kolagen juga membantu menguatkan tulang dan sendi dengan meningkatkan keanjalan lalu mengurangkan risiko kecederaan.

Namun, apabila kita menua, pengeluaran kolagen dalam badan akan semakin berkurang, menyebabkan pembentukan kedutan, garis halus, dan tanda-tanda penuaan yang lain. Ini adalah sebab besar mengapa suplemen kolagen mejadi semakin popular, kerana produk ini dipercayai dapat membantu meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit, rambut, dan kuku.

Pada masa kini, bentuk kolagen yang dominan dalam pasaran adalah peptida kolagen dan tripeptida kolagen. Walaupun kolagen membentuk asas kedua-duanya, terdapat beberapa perbezaan antara komposisi dan manfaat mereka.

Peptida kolagen terdiri daripada peptida yang kecil yang mudah diserap dan digunakan oleh badan, menjadikannya pilihan popular untuk penambahan kolagen. Tripeptida kolagen, sebaliknya, mengandungi tiga asid amino (glicin, prolin, dan hidroksiprolin) yang merupakan blok-blok pembinaan penting untuk pengeluaran kolagen dalam badan.

Walaupun kedua-dua peptida kolagen dan tripeptida kolagen dipercayai dapat menyokong kesihatan kulit, kesihatan sendi, dan keseluruhan kesejahteraan, tripeptida kolagen telah menunjukkan beberapa manfaat tambahan oleh kerana urutan asid aminonya yang spesifik, dan, meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit dengan lebih berkesan berbanding dengan bentuk kolagen lain.

Mengambil suplemen kolagen seperti Triglo dari Phipure, yang dibuat dengan tripeptida kolagen, boleh membawa faedah demi kesejahteraan fizikal anda dalam jangka masa panjang. Ketahui lebih lanjut tentang Triglo di sini.